8 APR 2019

amalan Mahu Kurangkan Beban Hutang Pengguna dan Pemilik Perniagaan Malaysia

Kuala Lumpur, 8 April, 2019 - amalan, pelopor dalam menyediakan penyelesaian Fintech untuk mengurangkan baki hutang dan ansuran pinjaman bagi pengguna dan pemilik perniagaan di Asia Tenggara, kini mula menawarkan perkhidmatan yang pernah memenangi anugerah itu di Malaysia. Ini merupakan berita baik bagi peminjam yang dianggarkan berjumlah 500,000 yang menghadapi masalah dalam pembayaran ansuran bulanan pinjaman mereka.

Dengan persiapan selama berbulan-bulan dan sokongan dari kerajaan Malaysia melalui  MaGIC Global Accelerator Program, amalan memulakan operasinya di Malaysia pada awal April 2019.

amalan merupakan pakar dalam menyelesaikan masalah hutang pengguna dan pemilik perniagaan. Berpejabat di Indonesia, Singapura dan kini Malaysia, amalan merupakan peneraju yang nyata dalam bidang ini di Asia Tenggara.

Bagi setiap peminjam, pelan penstrukturan semula dijana dengan mengambil kira kesemua jumlah pinjaman mereka, dan kemudiannya mengurangkan baki hutang tersebut serta bayaran ansuran bulanan ke tahap yang berpatutan. Program pengurusan hutang ini menggunakan data proprietari dan teknologi untuk mengeluarkan peminjam dari kancah hutang dengan lebih cepat, dengan bayaran yang lebih rendah. amalan telah menstrukturkan semula lebih dari 1,000 pinjaman dengan bank-bank terkemuka di Indonesia dan pelanggan-pelanggannya telah menerima penjimatan lebih dari US$800,000 dalam proses tersebut.

Di Malaysia, jumlah baki pinjaman pengguna yang tertunggak atau hampir tertunggak adalah dianggarkan US$15 bilion, jumlah kedua tertinggi di Asia Tenggara. “Kami begitu teruja untuk menawarkan perkhidmatan kami juga kepada peminjam Malaysia yang menderita dengan beban hutang yang tidak lestari,” kata pengasas dan CEO amalan, Arne Hartmann.

amalan's free consultation service

Perkhidmatan Perundingan Percuma dari amalan

Terdapat 3 pembezaan utama tentang bagaimana amalan boleh berkhidmat kepada pengguna dan pemilik perniagaan Malaysia:

  1. amalan bekerja UNTUK peminjam dalam mencari penyelesaian terbaik DENGAN kerjasama pemberi pinjaman.
  2. amalan merupakan syarikat swasta, bukan agensi kerajaan – matlamat kami adalah untuk menyelesaikan masalah hutang peminjam dengan pantas dan bayaran berkurangan.
  3. amalan tidak meminta bayaran muka tetapi menggunakan model yuran kejayaan di mana peminjam hanya perlu membayar SELEPAS pelan penstrukturan dipersetujui. Jumlah yuran kejayaan adalah bergantung kepada penjimatan yang diperolehi melalui penstrukturan tersebut.

Dengan bantuan amalan, para peminjam Malaysia dapat keluar dari kancah hutang dengan lebih cepat, mengurangkan ansuran bulanan dengan berkurangnya bayaran faedah dan denda. “Dalam banyak kes, amalan dapat mengurangkan baki tertunggak dan/atau ansuran bulanan  pada 50-90% di Indonesia – ini juga menjadi sasaran kami untuk pelanggan Malaysia. Kami mahu menawarkan permulaan yang baharu bagi pelanggan kami agar mereka dapat membina masa depan kewangan yang lebih baik,” kata CEO amalan.

Pengguna dan pemilik perniagaan Malaysia boleh berkunjung ke laman web amalan di  www.amalan.my dan berbual dengan Amalia. Apabila perbualan dengan Amalia selesai, data tersebut akan dianalisis oleh konsultan kami yang kemudiannya akan menghubungi peminjam untuk rundingan secara percuma. Peminjam yang membuat permohonan dengan amalan akan mendapat bantuan penuh konsultan, yang bermakna kurangnya birokrasi, agar mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan mereka, sementara amalan fokus untuk mencapai penyelesaian terbaik dengan pemberi pinjaman mereka.

Tentang

amalan international merupakan syarikat pengurusan hutang berasaskan teknologi yang pertama di Asia Tenggara yang berkhidmat untuk peminjam untuk mencari penyelesaian berpatutan dalam penstrukturan semula hutang dengan kerjasama pemberi pinjaman. Program pengurusan hutang amalan menggunakan teknologi dan data proprietari untuk mengeluarkan peminjam dari kancah hutang dengan lebih cepat, kurang bayaran penalti dan faedah. Selain dari pengurusan hutang, amalan juga menawarkan pilihan pembiayaan semula untuk menggantikan pinjaman lama yang mahal dengan pinjaman berpatutan baharu. Pejabat amalan di Indonesia telah ditubuhkan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah membina pasukan penstrukturan dan pakar-pakar IT dengan pengalaman yang berkaitan selama sedekad. amalan merupakan satu-satunya syarikat pengurusan hutang yang diiktiraf secara rasminya oleh OJK dan juga syarikat pertama di Asia yang mendapat akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA)