3 Cara Selesaikan Masalah Hutang

Frans

Baru-baru ni ataupun holiday yang lepas, anda pernah tak pergi tempat yang ada salji? Pakai beberapa layer baju kat dalam dengan winter jacket pun masih rasa sejuk. Nak enjoy buat snowman tapi jari jemari rasa beku. Eh... keadaan ini macam kenal je. Tak ke hari tu nampak akaun kad kredit dan pinjaman peribadi rasa macam seluruh badan sejuk dan beku sebab hutang terkumpul?


"Macam mana hutang saya jadi banyak?"

Ramai dari kami yang telah pun jadi mangsa kad kredit. Beli sekarang, bayar nanti. Tapi masalahnya, awal-awal lagi memang tak cukup duit.

Hal ini terjadi sebab prebelanjaan lebih dari pendapatan. Selalunya yang paling mahal ialah sewa rumah dan pinjaman kereta. On top of that, anda mungkin kena bayar PTPTN atau student loan. Nafsu nak beli baju baru, tengok wayang dan pergi makan malam yang fancy dengan teman mesra pun tak terkawal.

Ataupun anda sedang mengalami proses perceraian. Nak bayar servis peguam bukannya murah. Jadi anda terpaksa ambil pinjaman atau guna kad kredit yang kadar faedahnya tinggi sehingga tak mampu nak bayar balik kesemuanya.

Kalau anda atau ahli keluarga mengalami kemalangan atau kecemasan perubatan, anda terpaksa tanggung kos yang tinggi. Pendapatan sekarang tak cukup nak cover so terpaksa guna kad kredit dan berhutang ribuan ringgit selama beberapa tahun.

Hutang dah bertimbun, macam mana nak bayar balik hutang dan masih belanja barangan keperluan harian.

 

"Kenapa susah nak selesaikan hutang?"

Majoriti ada pinjaman kereta, sewa rumah atau gadai janji. Ini namanya hutang ansuran di mana anda perlu bayar jumlah tetap setiap bulan.

Hutang pusingan atau revolving debt pula datang dari kad kredit yang anda sering guna untuk perbelanjaan harian atau pembelian besar.

Selalunya hutang yang susah nak selesaikan datang dari kad kredit di mana kadar faedahnya tinggi. Jika anda guna kad kredit untuk bayar hutang ansuran dan tak dapat langsaikan setiap bulan, kadar faedah akan meningkat dan akhirnya anda bayar lebih banyak dari yang terhutang.

Situasi jadi lebih susah jika anda tak ada disiplin dan taktik yang sesuai untuk selesaikan hutang. Tapi jangan terlalu risau dan jangan terbeku dengan masalah hutang. Kami akan tunjuk cara efektif dan praktikal untuk selesaikan semua hutang anda.

 

"Bagaimana nak selesaikan hutang?"

Sebelum kami explain 3 kaedah untuk bayar balik hutang, anda perlu dapatkan dana. Ada dua cara utama:


 

3 CARA SELESAIKAN MASALAH HUTANG

Situasi anda mungkin berbeza dengan situasi orang lain. Sebab itu anda perlu tahu cara paling efektif untuk bayar hutang mengikut kemampuan anda. Kami akan terangkan 3 kaedah atau strategi yang anda boleh pilih.

STRATEGI #1: AVALANCHE

photography-of-mountain-during-daytime-3389462

Foto: Pexels (Eberhard Grossgasteiger)

Kaedah ini mementingkan kadar faedah yang dikenakan pada akaun hutang anda.

Ini bermakna anda letakkan majoriti dana anda ke akaun hutang yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi dan hanya bayar jumlah minimum pada akaun hutang yang lain.

Katakan anda ada 4 jenis hutang:


 

Jika anda guna kaedah Avalanche:


Jadi, anda akan bayar akaun hutang dalam susunan ini:

Kad kredit —> Pinjaman peribadi —> Pinjaman pelajaran —> Pinjaman kereta

Seperti runtuhan atau 'Avalanche', anda akan lihat satu persatu akaun hutang anda selesai atau 'runtuh'.

KEBAIKAN: Anda bayar lebih kurang kadar faedah dan mungkin akan selesaikan semua hutang dengan cepat.

KEBURUKAN: Mungkin akan ambil masa lama untuk lihat perkembangan penyelesaian hutang .

STRATEGI #2: SNOWBALL

black-and-white-beaded-necklace-1805445

Foto: Pexels (Camy Henri)

Kaedah ini hanya ambil kira baki hutang dalam setiap akaun dan mementingkan jumlah yang paling kecil dahulu.

Mengikut jadual yang sama seperti yang di atas, cara anda guna kaedah Snowball adalah seperti berikut:


Jadi, anda akan bayar akaun hutang dalam susunan ini:

Pinjaman peribadi —> Kad kredit —> Pinjaman kereta —> Pinjaman pelajaran

Seperti bebola salji atau 'Snowball', anda akan tackle hutang yang paling kecil hingga yang paling besar.

KEBAIKAN: Kaedah ini sesuai jika anda ada beberapa hutang kecil dan ingin melihat perkembangan pembayaran hutang dengan lebih cepat untuk meningkatkan motivasi anda.

KEBURUKAN: Anda mungkin perlu bayar lebih banyak sebab tak ambil kira kadar faedah.

STRATEGI #3: SNOWFLAKE

close-up-cold-frost-ice-156205

Foto: Pexels (Flickr)

Kaedah ini lebih fleksibel kerana ia mengikut kemampuan anda dan tak perlu komitmen kewangan yang tinggi.

Walaupun pembayaran mengikut kemampuan, anda perlu bayar dengan lebih kerap. Ini bermakna anda perlu terus bayar baki hutang segera bila ada dana lebih.

Kaedah ini sesuai untuk freelancers atau pekerja bebas yang gajinya tidak tetap.

Anda boleh gabungkan kaedah ini dengan kaedah Avalanche atau Snowball. Walaupun bayaran tak tetap, anda masih perlu buat bayaran minimum pada setiap akaun. Kemudian pilih kaedah Avalanche atau Snowball jika anda mempunyai dana lebih.

"Apakah strategi sesuai untuk saya?"

Tiga strategi di atas adalah garis panduan untuk anda. Mungkin anda ingin kurangkan kadar faedah, jadi strategi Avalanche adalah yang paling sesuai. Mungkin anda inginkan motivasi untuk selesaikan hutang, jadi anda akan lebih suka kaedah Snowball seperti yang dicadangkan oleh pakar kewangan, Dave Ramsey.

Tapi strategi tersebut mungkin tak sesuai dengan semua orang. Ada yang telahpun memiliki dana yang besar ataupun telah ditimpa malang lalu ingin mengurangkan kadar faedah atau jumlah hutangnya. Dalam kes ini, anda boleh berunding dengan pihak pemiutang untuk mengurangkan jumlah hutang.

Proses rundingan untuk debt settlement atau penyelesaian hutang ini adalah rumit. Anda perlukan dokumen tertentu dan mengikut proses dan syarat tertentu. Sebab itu ramai pilih untuk dapatkan pihak perunding dari syarikat pengurusan hutang seperti amalan untuk selesaikan masalah hutang mereka.

Jika anda inginkan:


...dapatkan perundingan percuma dari kami sekarang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang