4 Alasan Utama Penyebab Seseorang Dibelenggu Hutang

Posted on Juni 29, 2019

Kita sering mendengar tentang orang yang dijerat masalah kewangan dan tidak jauh dari masalah hutang yang menggunung. Hal ini memberi kesan yang banyak seperti pada keadaan kesihatan yang muncul akibat rasa tertekan memikirkan cara melunaskan hutang-hutang tersebut. Berdasarkan kajian yang kami lakukan, ada beberapa alasan utama penyebab seseorang dibelenggu hutang. Mari kita semak satu per satu:

Kehilangan Tulang Belakang Keluarga

Salah satu alasan utama dibelenggu hutang adalah apabila kehilangan tulang belakang keluarga. Kes seperti ini seringkali menyebabkan anggota keluarga yang ditinggalkan harus melunaskan hutang kad kredit/pinjaman peribadi yang masih berjalan dan tidak dilindungi oleh insurans kredit. Hal ini bermaksud hutang tersebut menjadi warisan dari arwah kepada ahli waris/keluarga yang ditinggalkan.

Dari sudut yang lain ada juga kes yang menyebabkan keluarga yang ditinggalkan terpaksa memohon pinjaman dana baharu berbentuk pinjaman peribadi atau kad kredit. Ketika keluarga yang ditinggalkan tidak mampu melunaskan hutang tersebut, apatah lagi mereka berpotensi untuk terjerat dalam hutang.

Kehilangan Pekerjaan

Kehilangan pekerjaan adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat. Kes ini berpotensi untuk menyebabkan para peminjam tidak mampu melunaskan hutang yang masih berjalan, sehingga membuatkan mereka menunggak dan dibelenggu hutang. Penyelesaian yang dapat anda lakukan untuk melunaskan hutang ini tentu sekali dengan mencari pekerjaan baru, agar dapat digunakan untuk melunaskan hutang yang tertunggak.

Ditimpa Musibah

Penyebab lain seseorang dapat terjerat hutang adalah kerana ditimpa musibah seperti penyakit atau kemalangan. Perbelanjaan yang dihabiskan dalam pembiayaan kesihatan biasanya sangat besar, sehingga kadangkala orang memerlukan bantuan kad kredit untuk menampung pembayaran tersebut. Selesai sahaja bayaran rawatan, masih ada tunggakan hutang yang terus menggunung akibat kad kredit yang digunakan.

Perniagaan yang Gagal

Pada umumnya, untuk memulakan sebuah perniagaan, seseorang perlukan modal yang cukup besar, sehingga ada yang menggunakan pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan. Walaupun hal ini merupakan keputusan yang kurang tepat, masih ramai yang menggunakan pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan, bukan untuk mengembangkan perniagaan. Pada ketika perniagaan kurang berjalan lancar, usahawan seringkali akan perlahan-lahan terkubur dalam timbunan hutang yang seringkali memiliki nominal besar dan sukar dibayar.

Penyelesaian Bagi Masalah Hutang Kad Kredit / Pinjaman Peribadi Anda

Screenshot_2016-08-30_at_5.12.40_PM-01

amalan memberikan penyelesaian bagi masalah hutang kad kredit/pinjaman peribadi yang anda miliki. Kami akan membantu anda untuk melakukan rundingan hutang yang anda miliki dengan pihak bank agar dapat meringankan beban anda. Hasilnya, anda boleh mendapatkan keringanan lebih banyak dan dapat melunaskan hutang sehingga bebas dengan segera dari hutang dan tidak perlu lagi terjerat dalam hutang kad kredit/pinjaman peribadi.

Pasukan amalan yang sudah berpengalaman dalam bidang ini akan memastikan agar anda mendapatkan program terbaik untuk melunaskan hutang anda. Khidmat amalan juga mendapat pengiktirafan dari IAPDA, sebuah kesatuan perusahaan khidmat penyelesaian hutang bertaraf antarabangsa. Sebagai perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan pengiktirafan tersebut, amalan berkomitmen dalam memberikan layanan secara profesional dan menyediakan kualiti pelayanan terbaik untuk pelanggan.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan amalan, silakan klik gambar di bawah untuk mendapatkan nasihat percuma.

Yang terkini