4 Tips Mudah Mengurus Kewangan Peribadi

Diyana Rahim

Pengurusan wang sangat penting dalam hidup setiap individu.

Nak tak nak, suka mahupun tak, kita semua perlu tahu mana duit kita dibelanja atau disimpan. Jika kita cermat dan bijak dengan duit, tak mustahil hidup selesa. Tapi kalau kita tak ambil kisah, lambat laun kita mungkin akan terhutang dan rasa kesusahan.

Berikut adalah tips mudah untuk sesiapa sahaja yang ingin mula mengawal kewangan mereka.

1. SEDIAKAN BAJET

Bajet yang mudah mengandungi senarai:

  • perbelanjaan (bayaran sewa rumah, barangan keperluan rumah, dll.)
  • pendapatan (gaji kerja, sampingan, duit raya dan sebagainya)

Bila anda tahu berapa anda belanja setiap bulan, anda boleh buat keputusan untuk tetapkan bajet perbelanjaan setiap bulan ataupun meningkatkan pendapatan anda.

Selain itu, kenal pasti jumlah pendapatan boleh guna atau disposable income iaitu perbezaan jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan. Jumlah perbezaan tersebut adalah untuk anda masukkan dalam akaun simpanan atau bayar balik hutang.

Jika anda ikut 50/30/20 budgeting rule yang dicadangkan oleh Elizabeth Warren, hidup anda pasti jadi lebih mudah!

2. SEDIAKAN DANA KECEMASAN

Kemalangan atau malapetaka adalah perkara yang tidak diingini tetapi kita harus jangkakan.

Macam-macam boleh berlaku. Banjir kilat yang merosakkan harta barang, patah kaki bila main futsal, mak masuk hospital sebab kencing manis, ataupun kena settle hal penceraian.

Kita tak boleh nak ramalkan masa depan. Jadi yang paling baik kita boleh buat ialah memastikan dana kecemasan mencukupi.

“Macam mana nak simpan dana untuk kecemasan?”

Tengok balik bajet kewangan anda. Berapakah pendapatan boleh guna atau disposable income anda? Lepas tu, buat keputusan untuk tetapkan sedikit daripada jumlah tersebut untuk dimasukkan ke dalam dana kecemasan.

Pastikan anda ada akaun asing untuk dana kecemasan ini supaya anda tak guna dana tersebut untuk perbelanjaan harian. Setiap bulan bila dah dapat gaji, anda boleh buat transfer automatik ke dalam akaun tersebut. Ingat, jangan pegang akaun tersebut kecuali bila ada kecemasan!

3. MULAKAN PELABURAN

Bila anda dah sediakan bajet dan rasa ada kawalan terhadap kewangan anda, barulah anda boleh mula buat pelaburan.

Ingat lagi pendapatan boleh guna atau disposable income? Kalau ada lebih setelah anda guna wang pendapatan untuk perbelanjaan tetap atau harian dan juga telah asingkan sebahagiannya untuk dana kecemasan, anda boleh guna wang selebihnya untuk pelaburan.

Tak kira sedikit RM50 atau sebanyak RM500, lebih baik jika anda mula melabur sekarang.

Yang paling biasa ialah pelaburan KWSP jika anda bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat. Sebahagian daripada pendapatan anda selalunya akan dimasukkan secara automatik setiap bulan ke dalam akaun KWSP oleh majikan anda. Selain itu, anda juga boleh melabur bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ASNB ni risikonya rendah dan pulangan dividen adalah tinggi dan konsisten.

Anda mesti tertanya-tanya, “Kenapa perlu melabur?”

Pelaburan ni sebenarnya salah satu cara untuk anda meningkatkan jumlah kewangan anda dan hanya menggunakan wang tersebut bila anda telah pencen atau perlukannya untuk situasi yang penting.

Jika anda melabur ke dalam pelaburan yang berisiko tinggi seperti pasaran saham atau stock market, pulangan atas pelaburan tersebut adalah lebih banyak. Tapi berhati-hati, pastikan anda mempunyai lebih pengetahuan sebelum melakukan apa-apa pelaburan.

4. ELAKKAN PENIPUAN

Penipuan sama ada offline ataupun online perlu dielakkan sama sekali.

Nasihat ini memang sering diulangi namun ramai masih terpedaya dengan penipuan yang melibatkan wang.

Ya lah, siapa yang tak nak kaya cepat dan senang?

Tapi anda lebih bijak. Anda perlu ingat bahawa konsep 'kaya cepat' tak wujud tanpa risikonya. Mungkin anda bertuah, mungkin tak. Apa yang telah dibuktikan zaman ke zaman ialah kekayaan biasanya dicapai dengan usaha.

Jadi, jika anda diberi mesej yang memerlukan anda bagi informasi peribadi untuk dapat sejumlah wang besar, abaikan sahaja.

Woman think of idea

TIP BONUS

“Apa jadi jika saya mempunyai hutang yang belum diselesaikan?”

Anda mungkin fikir kalau anda melabur, anda boleh dapat duit lebih dan akhirnya ada duit cukup untuk bayar balik hutang.

Tapi jangan lupa bahawa anda kena ambil kira kadar faedah pada hutang tak bercagar atau unsecured loan. Ini bermakna jumlah hutang anda akan meningkat jika anda sering menunda bayaran.

Apakah solusinya?

Guna sebahagian daripada disposable income anda untuk bayar hutang tersebut. 

Kalau mampu, buat pendapatan sampingan untuk meningkatkan jumlah pendapatan.

Jika anda dah memang tenggelam dalam hutang dan disposable income anda langsung tak mencukupi, jangan risau. Ada jalan alternatif...

Biasanya mereka yang terhutang banyak perlu menyatukan hutang mereka dan hanya bayar melalui satu akaun. Ini boleh dilakukan jika anda pandai berunding dengan pihak bank atau pemberi pinjaman.

Tapi kebanyakan orang minta tolong syarikat pengurusan hutang untuk jimat masa.

Jadi, jika anda dalam situasi terdesak dan ingin menyelesaikan segala hutang untuk membolehkan anda melabur lebih banyak dengan aman damai, kami di amalan sudi membantu.

Jom ambil balik kuasa kewangan anda dan capai permulaan baru!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang