5 Punca Hutang Yang Boleh Diselesaikan

Bab hutang ni tak ramai yang nak ungkapkan cerita apatah lagi mengaku.

Kita sendiri rasa tak sedap hati bila berhutang dengan seseorang. Rasa gelisah nak cari jalan untuk bayar balik duit yang tak berpunya. Kalau si pemberi pinjam tu baik hati dan memahami, dia mungkin akan bagi kita masa yang cukup untuk kumpul dana. Tapi lain kalau dia tu seorang yang kasar dan tak sabar.

Macam mana pula kalau kita berhutang dengan sesebuah institusi seperti bank? Sebenarnya majoriti jenis hutang kita adalah dengan pihak bank disebabkan penggunaan kad kredit. Walaupun ianya sesuatu kemudahan, kita mesti bertanggungjawab untuk bayar balik secepat mungkin.

Tapi apa sebabnya kita berhutang pada awalnya? Bolehkah ia diselesaikan atau dielakkan?

5 SEBAB UTAMA KITA BERHUTANG

1. Berbelanja lebih daripada pendapatan

Nafsu kita memang susah nak ditolak. Nampak beg jenama Chanel atau kasut Nike je terus kita nak beli. Kad kredit kan ada. Boleh bayar balik nanti. Tapi ramai daripada kita tak lihat berapa baki wang dalam akaun kita sebenarnya. Mampukah kita beli barangan tersebut? Realitinya, ramai yang tak mampu dan ini bukan hanya sebab nafsu tapi juga sebab tak ikut atau tak ada strategi pengurusan wang.

2. Tak bajet secara efektif

Tanpa strategi atau bajet yang betul, kita takkan tahu berapa banyak yang kita boleh belanja dan berapa banyak yang perlu disimpan. Ramai yang hanya 'go with the flow' atau ikut sesuka hati. Tapi dengan pelan yang terperinci, sama ada menggunakan Excel sheet ataupun Budget apps, kita akan tahu berapa banyak wang yang keluar masuk. Bila kita tahu, kita akan lebih cermat dengan perbelanjaan dan elakkan hutang.

3. Terjebak dalam perjudian

Bukan semua yang berjudi tapi bagi mereka yang berjudi sebagai hobi atau nak kaya cepat, perjudian ni sebenarnya satu perangkap ke arah hutang. Kalau boleh, elakkan perjudian atau terhadkan wang yang anda boleh bayar.

4. Penyelesaian perceraian

Ada juga perbelanjaan yang kita tak jangkakan. Jalan hidup ini tak tentu dan masalah rumah tangga mungkin berlaku. Bila salah satu pasangan suami isteri inginkan perceraian, kedua-duanya perlu keluarkan wang untuk bayar proses perceraian tersebut. Proses ini bukannya murah dan akibatnya, ramai yang terpaksa berhutang.

5. Perbelanjaan untuk perubatan

Ini adalah satu lagi jenis hutang yang tak terjangka. Mungkin ibu atau ayah kita tiba-tiba masuk hospital sebab infeksi virus. Ataupun kita sendiri mengalami kemalangan ringan. Bil hospital selalunya mencecah ribuan ringgit. Kalau kita tak ada duit simpanan atau emergency fund, terpaksalah berhutang dengan bank.

BOLEHKAH HUTANG DISELESAIKAN?

Portrait of happy asian man with arms folded

Anda mesti pernah dengar cerita yang hutang beribu-ribu ringgit mengambil masa bertahun-tahun. Ada juga kes yang sampai pencen pun tak habis bayar lagi.

Ini mungkin disebabkan seseorang itu tak berjaya mengumpulkan dana dengan cermat ataupun tak mempunyai pelan pengurusan hutang yang efektif. Tapi kes ini sebenarnya tak banyak.

Jika anda ingin sangat merasai hidup bebas hutang, anda harus kenal pasti puncanya. Kemudian, anda mesti percaya yang anda boleh selesaikan hutang secepat mungkin. Seterusnya, dapatkan strategi yang paling bagus supaya anda boleh bayar balik secara realistik. Ini bermakna dengan khidmat amalan, anda boleh menstruktur semula hutang dan selesaikan dengan lebih cepat. Berdasarkan situasi hidup anda, kami juga boleh cuba berunding dengan pihak bank untuk dapatkan diskaun pada hutang anda.

Jadi, jawapan ringkasnya ialah boleh. Hutang anda boleh diselesaikan malah lagi cepat dengan kadar rendah bersama amalan.

Yang terkini