5 Tips Asas Jimat Perbelanjaan

Diyana Rahim

Kita selalu dengar pesanan orang-orang tua kita: Jimat Cermat Amalan Mulia. Kenapa menjimat perbelanjaan itu sesuatu amalan yang mulia? Sebenarnya, bila kita jimat, kita tak bebankan diri dengan hutang dan boleh tingkatkan kekayaan dari segi kewangan. Dengan kekayaan tersebut, boleh lah kami tolong ibu bapa kita dan orang-orang tersayang.

Jadi, bagaimana anda patut jimat perbelanjaan? Berikut adalah tips paling asas yang anda boleh praktikkan segera.

 

1. Buat Bajet Kewangan

Bajet anda ialah satu blueprint untuk mengurus kewangan.

Dengan adanya bajet, anda boleh pastikan ke mana perginya wang anda. Garis panduan yang paling mudah adalah mengikuti "50/30/20 Rule" di mana anda meletakkan 50% pendapatan ke dalam kategori "KEPERLUAN", 30% ke dalam kategori "KEINGINAN" dan 20% ke dalam kategori "SIMPANAN".

Kalau ikut panduan ini dengan penuh disiplin, anda tak mungkin akan terlebih belanja sebab bila gaji masuk anda perlu settle keperluan dan simpanan terlebih dahulu.

Yang selebihnya boleh dibelanjakan dalam situasi sosial atau rekreasi. Jika ada lebih, pada akhir bulan, boleh dimasukkan dalam akaun simpanan atau bayar balik hutang.

Ingat...

  • 50% untuk KEPERLUAN
  • 30% untuk KEINGINAN
  • 20% untuk SIMPANAN

 

2. Jangan Beli Barang BUKAN Keperluan

Kenapa ramai dari kami yang selalu overspend atau guna wang pendapatan habis-habisan?

Ia mungkin sebab nafsu yang tak terkawal. Tapi kebanyakannya adalah sebab tak ada atau tak mengikut bajet.

Buat bajet adalah satu langkah untuk mengawal perbelanjaan. Tetapi yang menentukan sama ada wang tersebut dibelanja atau tidak adalah ANDA sendiri.

Adakah anda mempunyai disiplin untuk mengikut bajet dan tak beli barang bukan keperluan? Walaupun ada wang lebih untuk barang "keinginan", adakah anda mempunyai disiplin untuk mengehadkan perbelanjaan tersebut?

Memang susah kalau kita tak praktikkan etika ini dari awal lagi tetapi masih tak terlambat. Anda masih boleh memperbaikkan pendirian anda.

 

3. Jangan Terlebih Belanja

Nak jimat perbelanjaan sebenarnya mudah. Anda hanya perlu belanja bila perlu dan jangan terlebih belanja.

Bila gaji masuk dan anda takut kalau terlebih belanja, anda boleh segera masukkan 20% pendapatan ke dalam akaun simpanan.

Kemudian, dalam minggu pertama setiap bulan anda harus selesaikan perbelanjaan keperluan seperti sewa rumah, pinjaman kereta, insurans dan barangan runcit.

Selepas dah settle semua tu, anda hanya tinggal lebih kurang 30% pendapatan anda. Jadi, anda hanya terhad dengan jumlah ini dan tak mungkin belanja lebih.

 

4. Bayar Kad Kredit Sebelum Deadline

Walaupun anda mungkin ada bajet, anda masih boleh terjebak dalam overspending oleh sebab kad kredit. Anda ingat kad kredit adalah satu cara untuk "bayar nanti" atau "bila gaji seterusnya masuk". Tapi mindset ini sangat bahaya.

Kad kredit adalah satu kemudahan untuk anda lakukan sebarang transaksi dengan lebih selamat berbanding kad debit. Anda juga boleh bina skor kredit untuk pinjaman masa depan jika perlu. Kad kredit BUKAN untuk anda berbelanja dengan sewenang-wenangnya.

Satu tips untuk mengelakkan overspending dengan kad kredit adalah pastikan anda terterakan setiap transaksi kad kredit dalam bajet anda. Ini supaya anda boleh lihat berapa anda telah belanja dan berapa wang yang tinggal untuk bulan tersebut.

 

5. Bayar Balik Hutang Lain

Seperti kad kredit, hutang lain yang anda ada juga akan dikenakan kadar faedah. Ini bermakna anda perlu bayar lebih daripada nilai asal.

Lagi lama anda selesaikan hutang, lagi tinggi kadar faedah dan lagi banyak anda perlu keluarkan wang.

Jadi, jika nak jimat perbelanjaan, anda perlu selesaikan hutang secepat mungkin.

Kalau ikut bajet, anda sepatutnya sisakan pendapatan untuk bayar hutang. Pembayaran hutang boleh termasuk dalam kategori keperluan mahupun simpanan. Yang penting anda asingkan dana hutang terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan untuk barang keinginan anda.

Kami faham, anda mungkin jauh ke dalam genggaman hutang. Rasa macam susah nak bayar balik setiap bulan ataupun tarikh akhir pembayaran begitu lama untuk tercapai. Ataupun anda tiba-tiba mengalami kesusahan yang memaksa anda untuk berhutang.

Rasa macam tak mungkin boleh jimat perbelanjaan untuk percutian ataupun untuk mencapai kebebasan kewangan...

 

Amalan Mulia Kami

Jika anda berjaya jimat perbelanjaan menggunakan tips di atas — SYABAS!

Tapi kalau dah buat bajet dan masih gelut dengan kewangan dan tak boleh capai kekayaan yang diingini oleh sebab hutang tertunggak, ada jalan seterusnya.

Kami di amalan pentingkan konsep jimat cermat untuk kebaikan anda. Walau bagaimanpun, kami faham tak semua bernasib baik dan kadang-kadang kesusahan datang tanpa izin. Jadi, kami ingin bantu anda.

Antara perkhidmatan amalan adalah:

  • Penyatuan hutang supaya boleh bayar semua hutang dalam satu akaun
  • Pembiayaan semula hutang supaya bayaran bulanan lebih murah
  • Diskaun hutang keseluruhan untuk meringankan beban

 

Jika anda perlukan mana-mana perkhidmatan di atas, bolehlah hubungi kami segera. Dengan penggunaan perisian teknologi terkini, pengurusan hutang di amalan adalah lebih selamat, cepat dan mudah. Anda pun tak perlu meninggalkan rumah untuk selesaikan hutang dengan amalan.

 

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang