6 Perkara Mengenai Impak Coronavirus Hari Ini

Diyana Rahim

Malaysia telahpun memasuki minggu ketiga Peraturan Kawalan Pergerakan akibat wabak coronavirus. Ramai yang risau tentang keadaan ekonomi sekarang dan masa depan. Perniagaan sedang mengalami kerugian besar dan ramai pekerja telah merasai impak ini sama ada terpaksa menerima gaji lebih rendah ataupun dipecat. Ini menyebabkan ramai yang berada dalam keadaan pengangguran.

Berikut adalah 6 perkara berdasarkan World Economic Forum yang perlu anda tahu tentang perkembangan isu COVID-19 terkini.

1. Apakah impak COVID-19 di seluruh dunia?

Lebih daripada 42,000 orang seluruh dunia telah meninggal dunia dengan lebih daripada 860,000 kes jangkitan berdasasrkan Johns Hopkins University. Lebih daripada 178,000 orang telah pulih daripada COVID-19.

2. Bagaimana ekonomi di China boleh bagi petunjuk terhadap masa depan?

China sebagai pusat wabak COVID-19 terdahulu nampaknya sedang pulih. Data ekonomi menunjukkan kerosakkan terhadap kewangan negara. China mengalami kerugian yang ketara dan ini memberi signal kepada apa yang negara lain bakal melalui.

Sektor ekonomi yang paling terjejas adalah:

  • pelaburan dalam aset tetap
  • jualan runcit
  • eksport
  • pengeluaran industri
  • pengeluaran servis

3. Bagaimana pekerjaan sebagai 'pekerja kesihatan masyarakat' boleh melawan pangangguran dan COVID-19

Kawalan pergerakan ini telah meningkatkan kadar pengangguran bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Namun, ini telah menggalakkan pekerjaan baru — pekerja kesihatan masyarakat — yang boleh meringankan beban sistem penjagaan kesihatan dan juga membolehkan masyarakat bekerja. Latihan boleh diberikan kepada yang menanggur untuk memberi makanan dan perubatan kepada orang tua, mengurus hotline kakitangan di hospital dan memantau mereka yang mengasingkan diri di rumah. Tenaga buruh ini boleh melawan virus dan juga memberi pekerjaan baru.

4. Video apps yang kita muat turun ketika pandemik ini

Ramai yang telah bergantung kepada video apps untuk terus berhubung antara satu sama lain. Kadar muat turun apps Skype, Houseparty dan Zoom telah meningkat dua kali ganda dalam bulan Mac. Zoom iaitu sebuah app persidangan video telah dimuat turun sebanyak 27 million kali.

5. Kenapa Bill Gates menyeru penutupan seluruh negara Amerika Syarikat

Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara di mana rakyat tidak dibenarkan keluar sesama sekali kecuali untuk membeli barang keperluan atau ke klinik dan untuk mereka yang terlibat dalam kategori pekerjaan penting. Di negara lain seperti Amerika Syarikat, perintah ini belum dilaksanakan secara rasmi atau menyeluruh. Namun, ada golongan masyarakat yang telahpun mempraktikkan pengasingan diri atau jarak sosial. Bill Gates telah mensarankan agar negara Amerika Syarikat mempraktikkan 'lockdown' menyeluruh selama 6 hingga 8 minggu. Ini adalah untuk mengelakkan penularan vrius yang menyebabkan COVID-19 yang lebih parah.

6. Bagaimana London menukar pusat konvensyen menjadi hospital sementara

Untuk meringankan beban atas sistem penjagaan kesihatan di UK, 5 buah pusat konvensyen telah diubahsuaikan menjadi hospital sementara. Hospital tersebut mampu menampung 10,000 pesakit di London, Birmingham, Cardiff, Glasgow dan Manchester.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang