Berhenti Membayar Kad Kredit dengan Bayaran Minimum

Intan Syafira

Kami pernah mengupas tentang tiga jenis pembayaran kad kredit: pembayaran secara penuh setiap bulan, membayar dengan bayaran minimum, serta tidak membayar sama sekali/menunggak. Kali ini kami akan mengupas lebih dalam tentang pembayaran dengan bayaran minimum, antaranya adalah termasuk definisi, ilustrasi pembayaran kad kredit dengan bayaran minimum, sehingga langkah-langkah yang harus dilakukan jika terlanjur membayar dengan bayaran minimum.

Definisi Membayar Kad Kredit dengan Bayaran Minimum

Seperti namanya, bayaran minimum kad kredit merupakan pembayaran yang dilakukan oleh pemilik kad kredit dengan hanya membayar (secara purata) 10% dari jumlah tunggakan + bil yang masih belum dilunaskan di bulan sebelumnya (jika ada). Jenis pembayaran ini menjadi pilihan terutama bagi mereka yang tidak mahu dimasukkan dalam  senarai negatif CTOS dan CCRIS. Namun, adakah benar bahawa membayar bil kad kredit dengan bayaran minimum pilihan yang tepat? Mari kita lihat dengan lebih dalam.

Beautiful woman doing accountancy at home-1

Mengapa Pembayaran Kad Kredit dengan Bayaran Minimum Begitu Digemari?

Membayar bil dengan bayaran minimum sering dijadikan pilihan oleh para pemegang kad kredit. Hal ini bukanlah tanpa alasan, pilihan membayar bil dengan bayaran minimum ini begitu digemari kerana pastinya pemilik kad tidak perlu melakukan pembayaran secara penuh, dan masih boleh menggunakan baki wang untuk melakukan pembayaran bil lain yang lain. Keadaan ini diambil ketika pemilik kad tidak mampu membayar penuh, namun tidak mahu namanya dimasukkan dalam senarai hitam CTOS dan CCRIS.

Walaupun anda tidak melakukan pembayaran secara penuh, anda tidak perlu khuatir terhadap nama baik anda. Bank akan tetap menganggap bahawa pembayaran anda lancar kerana tidak ada tunggakan sama sekali. Ini bererti, pemilik kad kredit akan terhindar dari ancaman penyenaraian hitam yang akan menyebabkan kesukaran untuk membuat pinjaman di masa hadapan.

Namun begitu, membayar bil dengan bayaran minimum bukanlah jalan terbaik kerana ia tidak akan membebaskan anda dari hutang sama sekali. Kenapa begitu? Berikut adalah ilustrasi pembayaran secara bayaran minimum kad kredit, yang dapat membuat anda melihat secara langsung kesan pembayaran tersebut terhadap penyelesaian hutang kad kredit yang sedang Anda miliki:

Ilustrasi Penyelesaian Bayaran Minimum Kad Kredit

Kami mempunyai ilustrasi penyelesaian kad kredit dengan bayaran minimum untuk menunjukkan keberkesanan membayar bil kad kredit dengan bayaran minimum sehingga menyelesaikan kesemua bayaran. Dalam proses ini, pemilik kad dianggap tidak menggunakan kad kredit tersebut lagi, dan berusaha untuk melunaskannya sehingga baki tunggakan habis. Berikut adalah ilustrasi pelunasan kad kredit dengan bayaran minimum:

Budi memiliki hutang kad kredit berjumlah Rp 50.000.000,– (bernilai RM14,343) dengan bunga sebesar 2.25% dan kos kad tahunan sebesar Rp300.000,–  (bernilai RM86) kerana tidak mampu membayar bil secara penuh setiap bulan, maka Budi memutuskan untuk melakukan pembayaran dengan bayaran minimum sejumlah 10% dari jumlah tunggakan setiap bulan sehingga selesai. Pada kes ini, Budi tidak menggunakan kad tersebut sama sekali dan hanya fokus untuk melunaskan tunggakan dengan bayaran minimum sahaja. Berapa lama Budi akan bebas dari tunggakannya?

Screen Shot - Minimum Payment-01

Kita dapat lihat, bahawa hutang tersebut akan dapat dilunaskan dengan bayaran minimum pada bulan ke-67 atau selepas 5.5 tahun. Bayangkan jika anda menjadi Budi. Ini bermaksud anda harus bertahan tanpa menggunakan kad kredit sama sekali untuk melunaskan baki bayaran. Padahal kenyataannya, sekiranya Budi melakukan pembayaran dengan teratur dan dapat menggunakan kad kredit dengan maksimum, Budi dapat memanfaatkan kad kredit tersebut untuk mendapatkan promosi-promosi lain yang bermanfaat untuk berbelanja dengan lebih murah. Adalah amat merugikan jika kad kredit tidak digunakan sama sekali dan hanya digunakan untuk membayar baki tunggakan sahaja.

Berhenti Membayar Bil Kad Kredit dengan Bayaran Minimum

Setelah melihat ilustrasi pembayaran bil dengan bayaran minimum yang dilakukan oleh Budi di atas, anda boleh melihat bahawa sebenarnya Budi sebagai pemilik kad kredit hanya mengumpul hutang tanpa menyelesaikannya sama sekali. Budi tetap tidak dapat menghindari bunga yang tetap berjalan di sebalik pembayaran bil kad kredit dengan bayaran minimum. Maka dari itu, hal ini sudah tentu hanya menyebabkan lebih lama beliau melunaskan hutang. Pada kes Budi, dengan hutangnya yang sejumlah 50 juta, dia hanya dapat dilunaskan 5.5 tahun kemudian.

Kes seperti ini mungkin terjadi pada anda. Berdasarkan apa yang dialami oleh Budi, anda sebagai pemilik kad harus terus melakukan pembayaran bil kad kredit dengan bayaran minimum selama bertahun-tahun jika ingin melunaskannya. Lagi pun, ketika anda fokus dalam melunaskan bil kad kredit dengan bayaran minimum, anda juga tidak dapat memanfaatkan kad kredit tersebut untuk promosi-promosi menarik yang seharusnya dapat memberikan keuntungan. Semakin kad tersebut digunakan maka hanya akan membebankan anda untuk melunaskan baki hutang yang masih berjalan.

Jika anda sudah terlanjur melakukan pembayaran bayaran minimum kad kredit, ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya:  

Berhenti Menggunakan Kad Kredit dan Kurangkan Pengeluaran

Jika sememangnya anda mula melakukan pembayaran bil kad kredit dengan bayaran minimum, maka inilah masanya untuk menghentikan penggunaan kad kredit tersebut. Hal ini berguna untuk mengurangkan bil yang terkumpul. Bayangkan jika untuk membayar bil bulan ini sahaja anda sudah mengalami kesukaran, apalagi jika dikumpulkan dengan bil-bil baharu. Belum termasuk bunga yang dikenakan dalam kelewatan pembayaran, sudah tentu akan membuatkan anda sukar untuk menyelesaikannya.

Tidak cukup dengan berhenti menggunakan kad kredit, anda juga harus mengurangkan pengeluaran secara aktif. Cuba lihat kembali pengeluaran bulanan yang sering anda lakukan. Lihat lagi di mana sahaja jenis pengeluaran yang harus dihentikan, perhatikan lagi pengeluaran rumah tangga apa saja yang harus lebih dijimatkan agar dapat membantu mengurangkan pengeluaran. Menghentikan pengeluaran dapat dilakukan dari perkara-perkara yang paling sederhana, seperti jika anda selalu menggunakan khidmat aplikasi teksi, cuba bandingkan harga secara bijak atau pilih kenderaan awam. Jika anda sering berbelanja di pasar raya yang harganya lebih mahal, tidak ada salahnya untuk mula beralih ke pasar tradisional terdekat yang menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Tidak lupa juga, ketika mengurangkan pengeluaran cuba perhatikan juga semua pengeluaran yang harus dilakukan secara teratur. Ini bukan bererti anda semakin menambah pengeluaran, hanya perlu dilakukan agar tidak semakin membebankan pengeluaran lebih di kemudian hari. Pengeluaran yang tetap dibayar secara teratur walaupun sedang memansuhkan pengeluaran ialah insurans  kesihatan, dan insurans lain. Ketika anda sakit, bayaran premium yang anda buat setiap bulan dapat berbunga dengan baik, sehingga anda tidak perlu lagi mengeluarkan belanja tambahan.

Gunakan Simpanan Sedia Ada

Jika anda terpaksa, gunakan sumber dana lain untuk melunaskan seluruh bil kad kredit tepat pada masanya. Salah satu pilihan yang dapat anda manfaatkan adalah akaun tabungan khusus menabung. Walaupun terpaksa, pada waktu kecemasan seperti ini wang yang disimpan di dalam akaun tabungan dapat membantu membebaskan anda dari bil kad kredit. Hal ini memperingatkan kita bahawa bunga kad kredit cukup tinggi jika dibandingkan dengan bunga tabungan. Pada dasarnya, jika hutang kad kredit anda cukup tinggi dan belum melakukan pembayaran dengan penuh, adalah lebih baik untuk menggunakan tabungan.

Memanfaatkan Tabung Kecemasan

Sumber dana lain yang dapat digunakan untuk membayar bil kad kredit adalah dengan tabung kecemasan yang sudah disimpan dalam beberapa ketika. Jika anda menabung dengan cukup teratur, sudah tentu anda pasti dapat menyimpan tabung kecemasan setiap bulan. Seorang pakar kewangan mengatakan bahawa seboleh-bolehnya setiap bulan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji yang kita dapat. Dari sudut lain, jika risiko pekerjaan semakin besar seperti bekerja sebagai seorang freelancer, profesional, penyanyi, tambahkan tabungan dengan cadangan 6-9 bulan pengeluaran, tetapi jika anda seorang peniaga setidak-tidaknya sediakan tabungan sebesar 9-12 bulan pengeluaran.

Tabung kecemasan dapat dikumpul dengan menggunakan tabungan terancang yang automatik dengan melakukan auto debit setiap bulan dari akaun transaksi anda. Cara lain untuk mengumpulkan tabung kecemasan sebagai cara menyelesaikan hutang dengan cepat adalah dengan meminta dari orang-orang yang masih berhutang dengan anda. Biasanya jumlah piutang yang anda miliki sangat membantu anda untuk mengumpulkan tabungan untuk membayar hutang.

Minta Bantuan Keluarga atau Kawan Rapat

Jika terpaksa, anda juga melakukan pembayaran dengan menggunakan bantuan dari keluarga mahupun kawan rapat. Ini sudah tentu memerlukan komitmen besar jika anda memilih untuk melakukan pilihan ini.  Pinjaman dari keluarga atau kawan rapat biasanya tidak disertai dengan bunga, dan cenderung untuk lebih meringankan. Namun begitu, anda harus mengembalikan wang tersebut seperti janji yang, agar tali silaturahim yang telah terjalin tetap baik tanpa timbul konflik baru akibat pinjaman tersebut.

Cari Cara Lain Agar Boleh Mendapatkan Keringanan dalam Melunaskan Bil Kad Kredit

Jika anda menggunakan bayaran minimum dengan alasan kerana tidak mampu melunaskan secara penuh, ada cara lain yang dapat anda lakukan. Cara tersebut adalah dengan mengikuti program keringanan dari bank. Cara ini sudah tentu lebih baik daripada terus melakukan pembayaran dengan bayaran minimum, yang tidak jauh berbeza dengan menunda pembayaran kad kredit. Anda dapat mengikuti program keringanan agar mendapatkan potongan dalam membayar bil kad kredit.

Program Keringanan untuk Melunaskan Bil Kad Kredit

Seperti yang sudah dijelaskan, ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk melunaskan bil kad kredit yang terus bertambah, yakni dengan mengikuti program keringanan. Seringkali diketahui bahawa bayaran bil dengan bayaran minimum dilakukan kerana ketidakmampuan membayar dari pemilik kad. Beberapa alasan utama penyebab seseorang terbelenggu hutang misalnya, kehilangan tulang belakang keluarga, kehilangan pekerjaan (syarikat tempat bekerja melakukan pengurangan pekerja), ditimpa musibah, atau perniagaan yang muflis.

Untuk mengatasi perkara tersebut, anda boleh memanfaatkan 3 jenis program bank yang dapat meringankan beban anda dalam melunaskan hutang yang masih berjalan:

Potongan / Diskaun dalam Sekali Bayaran

Jenis program keringanan ini baik bagi pelanggan supaya jumlah hutangnya berkurang menjadi lebih kecil. Sesuai dengan namanya, walaupun pelanggan mendapat diskaun hutangnya (biasanya 20-50%), mereka harus terus membayar dalam sekali bayaran. Dalam beberapa kes, program keringanan ini dapat memberikan pemilik kad potongan diskaun sehingga 70%. Jadi, anda tidak perlu menunggu sehingga bertahun-tahun untuk melunaskan hutang, dan tentunya disertai dengan total potongan lebih besar.

Ansuran yang Dipanjangkan dengan Bunga Rendah

Berbeza dengan program diskaun sekali bayaran, program ini sesuai bagi anda yang kewangannya agak minimum. Secara ringkasnya, pelanggan yang memiliki tunggakan kad kredit atau tunggakan pinjaman peribadi dapat memanjangkan tempoh ansuran agar menjadi lebih ringan, bunga yang ada pun lebih rendah daripada bunga yang berlaku pada umumnya. Jika bunga normal yang berjalan ketika ini berada di kisaran 2.25%, maka ada kemungkinan untuk mendapatkan bunga sebesar 0-2% saja.

Diskaun Ansuran

Berlainan pula dengan program yang satu ini, jenis program ini merupakan gabungan dari dua jenis program di atas, iaitu pelanggan mendapatkan potongan kemudian baki pembayarannya dilakukan dengan ansuran. Bank juga akan melihat keadaan yang dialami oleh pelanggan terlebih dahulu. Jika pelanggan adalah tuan rumah yang membuatkan dia sukar untuk melunaskan hutang, maka kemungkinan besar mereka boleh mendapatkan program ini (dengan catatan bank yang berkaitan memiliki program tersebut).

Untuk mendapatkan program keringanan seperti tiga pilihan di atas, anda boleh meminta bantuan dari syarikat yang menyediakan perkhidmatan program pengurusan hutang. Syarikat yang menyediakan program pengurusan hutang seperti ini biasanya memiliki pasukan berpengalaman yang profesional dalam membantu anda untuk menyusun strategi dalam melunaskan hutang. Apatah lagi jika anda memiliki beberapa hutang di berbagai bank sekali gus, tentunya syarikat yang menyediakan program pengurusan hutang dapat membantu anda dalam menyusun strategi dan memutuskan jenis tunggakan mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu mengikut keadaan kewangan anda.

Salah satu kelebihan menggunakan syarikat yang menyediakan program pengurusan hutang untuk mengatasi masalah hutang kad kredit anda adalah agar anda dapat fokus untuk mencari dana untuk melunaskan hutang. Pada waktu inilah konsultan dari syarikat yang menyediakan program pengurusan hutang berperanan untuk membantu anda dalam mendapatkan keringanan terbaik, sehingga anda mampu melunaskan baki hutang, tanpa perlu melakukan pembayaran bil kad kredit dengan bayaran minimum secara berterusan. Salah satu perusahaan yang boleh anda manfaatkan adalah amalan.


amalan international merupakan syarikat perkhidmatan profesional berasas teknologi pertama di Indonesia, yang menyediakan program pengurusan hutang. Program ini dirancang agar pelanggan yang terbelenggu hutang mampu untuk mengendalikan kewangan mereka semula. amalan Indonesia membantu klien melalui program pengurusan hutang yang dirancang khusus sesuai dengan keperluan yang berbeza bagi setiap klien. Program ini merupakan kombinasi dari didikan mengenai berbagai peluang untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan pengeluaran, serta melakukan proses rundingan terhadap syarat-syarat hutang bank yang ada sehingga mencapai jumlah pembayaran yang sesuai dengan kemampuan. Pejabat pusat amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 oleh tim pendiri yang memiliki pengalaman kolektif di bidang kewangan termasuk penyelesaian hutang selama lebih dari dua dekad. amalan menjadikan Indonesia sebagai pusat operasi sekali gus merupakan cetak biru bagi rencana pengembangan perusahaan ke negara ASEAN lainnya. Sejak Julai 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang