Bila dan Bagaimana Nak Bayar Hutang?

Diyana Rahim

Pada bulan Julai tahun lalu, ada timbul isu berkenaan pelakon tempatan, Lisdawati. Ternyata beliau mengalami kerugian ribuan ringgit oleh sebab menjadi mangsa tipu seorang wanita yang dikenali sejak dua tahun lalu. Wanita tersebut hilangkan diri dan belum bayar balik hutang. Jadi, bila Lisdawati nak dapat balik duit yang terhutang itu?

Ini sebenarnya bukan kes unik. Kita semua pernah pinjamkan duit kepada kawan kita yang terdesak. Selalunya mereka bayar balik. Tapi ada juga masa mereka selesaikan hutang lambat atau tak bayar balik langsung sebab lupa dan sebagainya.

Sebaik-baiknya kita perlu selesaikan hutang secepat mungkin. Kalau tak, hidup tak akan selesa. Bukan sahaja tindakan undang-undang akan dikenakan tapi juga kemungkinan besar anda perlu bayar lebih banyak duit. Publisiti buruk di media pun tak best and you will experience karma.

Percayalah, hidup yang tersembunyi dan dibenci bukanlah hidup yang anda impikan.

Bila Perlu Bayar Balik Utang?

Jawapannya mudah: bayar secepat mungkin!

Band Floor 88 pun dah pesan dalam lagu “Hutang” – bayar hutang itu takut nanti anda merana.

Tapi… what if kita memang tak boleh bayar balik dalam masa terdekat? Mana tau tiba-tiba hidup jadi susah sebab dipecat kerja atau kena bayar bil hospital sebab mak tak sihat.

Kalau anda dalam keadaan yang susah dan tak boleh langsaikan hutang, ada beberapa steps yang anda boleh ambil untuk mudahkan situasi ini.

Successful business woman working at the office

5 Steps Bayar Balik Hutang

1. Be Honest

Anda perlu jujur pada diri anda dan juga pada pihak yang anda terhutang. Anda sendiri tau situasi hidup anda. Don’t be in denial. Lebih cepat anda admit yang anda dalam kesusahan, lebih senang anda boleh selesaikan masalah ini. Kemudian, bagi tau situasi anda kepada pemberi pinjaman tersebut. Selalunya, mereka akan faham dan akan bagi chance.

2. Tentukan Deadline

Seperti apa-apa hutang atau loan, lebih baik anda set deadline. Bukan saja anda boleh target untuk kumpul duit sebelum tarikh tertentu, pemberi pinjaman pun boleh set expectation dia. Jadi, dia pun tak akan selalu terkejar-kejar anda dan buat anda stress.

3. Kumpulkan Dana

Ini step penting. Apa-apa cara pun, anda perlu dapatkan dana untuk bayar balik hutang. Biasanya, orang akan set aside beberapa peratus income untuk bayar balik hutang pada 

deadline yang tertentu. Tapi janganlah dapatkan dana haram pula, ya!

4. Bayar Secara Ansuran

Ramai ingat yang hutang perlu dibayar secara lump sum. Tapi sebenarnya boleh bayar secara ansuran. Anda hanya perlu tanya dan buat perjanjian dengan pihak pemberi pinjaman. Macam apa yang Lisdawati nyatakan kepada media, wanita yang terhutang tersebut boleh bayar balik secara ansuran. Yang penting kena janji dan jangan hilangkan diri.

5. Minta Tolong dari amalan

Nak buat semua perkara di atas seorang diri mungkin susah. Mungkin juga anda rasa malu nak nego dengan pemberi pinjaman tersebut. Jangan risau. Anda boleh dapatkan pertolongan dari kami!

amalan ialah syarikat pengurusan hutang terkemuka di Asia Tenggara. Berbanding dengan syarikat lain, kami ambil kira situasi susah senang hidup anda dan akan tolong anda nego untuk pengurangan hutang terutamanya jika hutang tersebut adalah kepada pihak bank. Anda tak perlu bayar kami apa-apa fees sehinggalah kami dapat deal yang sesuai untuk anda.

Tunggu apa lagi? Bayar hutang anda sekarang! Dapatkan perundingan percuma di sini atau klik link di bawah.

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang