Cara Cegah Diri Daripada ‘Virus’ Hutang

Diyana Rahim

Baru-baru ini, infeksi coronovirus Wuhan telahpun tiba di tanah air Malaysia. Setakat ini, tidak ada penawar untuk virus ini yang simptomnya adalah demam, batuk dan sesak nafas. Namun, doktor menggalakkan kita untuk berwaspada dengan memastikan kebersihan diri, memakai topeng muka dan meningkatkan sistem imun dengan pemakanan sihat.

Pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Bila anda ambil langkah-langkah pencegahan ini, anda tak perlu risau sangat.

Begitu juga dengan kewangan anda. Ramai risau jika mereka akan terjebak dalam gejala hutang. Tapi bila anda pastikan kewangan anda terurus dengan baik dan mempunyai ilmu mantap, anda tak perlu risau.

Jadi, kami ingin kongsi sedikit pengetahuan tentang kenapa kita boleh terhutang, cara nak cegah diri daripada hutang dan cara menangani masalah hutang jika terjebak supaya anda bersedia.

Sebab ‘virus’ hutang

Bila ada virus, mesti nak tahu sebabnya kan? Berikut adalah sebab-sebab seseorang itu boleh terjebak dalam masalah hutang:

  1. Belanja di luar kemampuan
    Bila kita teringin sesuatu barang, kadang-kadang kita tak berfikiran rasional. Kita ingat bila guna kad kredit boleh bayar nanti dengan duit pendapatan. Tetapi kita tak sedar bahawa kita ada prioriti lain dan pendapatan kita tak cukup untuk melengkapi keinginan sementara. Akhirnya, kita pun terpaksa berhutang bukan sahaja untuk barang keinginan tapi juga untuk barang keperluan.

  2. Buat pelaburan tanpa pengetahuan sepenuhnya
    Ada yang berpendapat bahawa berhutang untuk buat sesuatu pelaburan demi masa depan adalah strategi yang efektif. Mereka ini adalah golongan yang berpengetahuan dan tahu risikonya. Kalau anda tak pasti sama ada untuk ambil hutang untuk buat pelaburan, lebih baik anda elakkan. Tapi kalau anda berilmu, pastikan kadar faedah yang dikenakan ke atas hutang tersebut adalah lebih rendah daripada untung yang akan diperolehi.

  3. Tuntutan semasa kecemasan
    Kadang-kadang kita tak ada niat pun nak berhutang tetapi situasi tertentu memaksa kita berhutang. Walau hebat manapun pelan pengurusan wang anda, bila malang tidak berbau dan ada menghadapi kecemasan seperti kemalangan atau infeksi virus, kemungkinan besar anda terpaksa berhutang untuk menyelesaikan kecemasan tersebut.

Cara mencegah ‘virus’ hutang

Pencegahan sebenarnya mudah untuk dilaksanakan. Namun, anda perlu berusaha sedikit. Sama macam pencegahan coronovirus. Anda perlu pastikan anda cuci tangan dengan bersih, pakai topeng muka dan tingkatkan sistem imun dengan pemakanan sihat.

Kalau tak nak berhutang, anda perlu:

  • sediakan bajet kewangan
  • berbelanja mengikut kemampuan
  • bayar balik baki kad kredit sebelum due date

Senang kan?

Tapi kami faham, situasi hidup bukan selalunya straightforward.

Mungkin hutang paling minimum yang anda paksa ambil adalah untuk pinjaman kereta. Anda perlukannya untuk pergi kerja. Dalam keadaan ini, anda perlu pastikan pendapatan anda cukup untuk bayar balik setiap bulan.

Bagaimana pula bila anda telah terkumpul hutang selama beberapa bulan ataupun anda dalam situasi terdesak dan mengalami kesusahan untuk bayar balik hutang?

Cara mengubati ‘virus’ hutang

handsome young man relaxing and working on laptop computer at home balcony while looking sunset

Kami di amalan menggalakkan anda mencegah hutang daripada mengubatinya.

Namun, kami faham situasi yang boleh menyebabkan anda terkena ‘virus’ hutang. Pada masa kini, tiada penawar bagi infeksi coronavirus yang sedang menular.

Tetapi untuk masalah hutang anda tak perlu risau sebab ada penawarnya:

  1. Berhenti buat hutang baru terutamanya berkenaan kad kredit.
  2. Buat analisa segala jenis hutang anda untuk memastikan mana satu yang dikenakan kadar faedah tertinggi.
  3. Letakkan wang pendapatan lebih ke dalam akaun hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi.
  4. Bayar baki minimum untuk akaun hutang anda yang lain setiap bulan.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga semua hutang diselesaikan.

Jika anda masih mengalami kesusahan ataupun ingin jalan yang lebih cepat dan mudah, kami ada satu lagi solusi untuk anda.

Kami boleh menawarkan rundingan percuma untuk menstruktur semula hutang anda ataupun buat rayuan untuk dapatkan diskaun hutang.

Ini bermakna anda tak perlu bersusah payah untuk mengurus hutang anda secara bersindirian. 

Sepertimana anda akan ke pakar doktor bila mendapat infeksi virus, anda perlu ke pakar pengurusan hutang bila terjebak dalam masalah hutang.

Apa manfaat utama rundingan bersama ini?

  • beban anda diringankan
  • kami mewakili anda untuk berunding dengan pihak bank
  • pihak bank akan lebih mengalah dan bersetuju dengan cadangan yang dibentangkan oleh pihak yang berpengalaman seperti amalan

Jika anda bersedia untuk mengubati ‘virus’ hutang, hubungi kami sekarang!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang