Cara Meningkatkan Pendapatan dan Nikmati Kebebasan Kewangan

TEST

Apabila nasib diterbalikkan, beban atas bahu rasa sangat berat. Walaupun perintah berkurung untuk mencegah dan melawan pandemik coronavirus secara umumnya memanfaatkan hidup orang ramai, ia juga menimpakan kesusahan dari segi kewangan oleh sebab kejatuhan profit bisnes. Kalau bukan pandemik, nasib malang yang lain pasti akan timpa satu hari nanti.

Adakah anda mempunyai pendapatan atau simpanan yang mencukupi untuk menanggung kesusahan ini?

Ramai sebenarnya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Gaya hidup ini tidak mampan. Sama juga jika anda mempunyai beban hutang walaupun pendapatan tinggi. Anda terpaksa guna wang pendapatan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam simpanan persaraan atau dana kecemasan. Namun, sebaliknya anda guna untuk selesaikan hutang tertunggak.

Adakah anda perlu berhutang seumur hidup?

Tidak.

Anda boleh pusingkan hidup 180 darjah dan nikmati kebebasan kewangan.

Jika anda sedang menggunakan wang pendapatan untuk bayar balik hutang, itu adalah langkah pertama yang bagus. Seterusnya, anda harus jimat perbelanjaan atau hidup di bawah kemampuan (live below your means). Dengan ini, anda mampu bayar hutang anda.

Walau bagaimanapun, anda tak sepatutnya hanya tersekat dengan pendapatan sekarang. Kita haruslah mempunyai impian untuk sering meningkatkan kualiti hidup untuk kebaikan hidup sendiri dan juga keluarga. Sebab itu kita perlu cari jalan untuk meningkatkan pendapatan kita.

 

1. Minta Peningkatan Gaji

Memang agak menakutkan atau sensitif bila nak minta majikan untuk meningkatkan gaji anda. Tetapi jika tahu anda telah buat kerja yang bagus walaupun belum masa setahun, tak salah kalau tanya. Mana tahu, majikan lihat anda seorang yang boleh dipercayai, bekerja keras dan berdisiplin lalu boleh berikan beberapa peratus kenaikan gaji. Walaupun sedikit, asalkan naik.

2. Cari Pekerjaan Lain

Jika majikan tidak setuju dengan kenaikan gaji, lebih-lebih lagi jika anda tak dapat kenaikan lebih daripada setahun, sebenarnya tak berbaloi anda terus berada di situ. Anda sepatutnya bekerja dengan majikan yang mengiktiraf nilai anda sebagai pekerja yang berdedikasi. Jadi, jangan segan untuk cari kerja lain yang majikannya boleh berikan gaji yang lebih tinggi daripada sebelumnya dan tinggalkan tempat kerja yang lama.

3. Cari Pendapatan Sampingan

Anda mungkin selesa dengan pekerjaan sekarang dan arah tuju kerjaya anda. Ataupun anda tak berhasil mencari pekerjaan yang lebih bagus. Jangan risau, ada cara lain untuk meningkatkan pendapatan. Sekarang ini ada banyak peluang untuk buat kerja sampingan seperti online marketing, dropshipping, jadi guru tuisyen, ataupun sebagai pemandu Grab. Ada juga yang buat perniagaan sampingan seperti menjual barang online. Kerja-kerja sampingan ini boleh dilakukan di luar kerja utama anda. Anda hanya perlu berdisiplin dan gigih untuk melakukan kerja tersebut demi meningkatkan pendapatan untuk bayar semua hutang dan menikmati kebebasan kewangan satu hari nanti.

4. Bina Pendapatan Pasif

Ini adalah matlamat kewangan utama yang kita patut capai. Mereka yang jutawan sering melabur duit dan sebab itulah mereka boleh meningkatkan pendapatan. Pelaburan adalah satu cara efektif untuk meningkatkan pendapatan secara konsisten tetapi risikonya mungkin tinggi. Jadi anda perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi sebelum melabur.

Jika anda mempunyai perniagaan sendiri, anda juga boleh bina pendapatan pasif melalui penjualan produk online seperti kursus dan e-book. Seorang penulis buku juga boleh mendapat pendapatan pasif melalui penjualan bukunya. Cara ini adalah lain daripada pelaburan dan memerlukan lebih usaha dan kreativiti.

5. Tingkatkan Pendapatan, Kumpulkan Dana, Selesaikan Hutang dan Nikmati Kebebasan Kewangan

Matlamat terakhir kita adalah untuk meringankan beban kewangan.

Kenapa bertungkus-lumus cari kerja lain dan bina pendapatan pasif jika kita hanya akan berhutang lagi?

Ada masanya kita perlukan sesuatu pinjaman untuk beli rumah ataupun biaya pendidikan anak. Yang penting kita bijak mengurus kewangan.

Tapi jika anda mengalami kesusahan yang tak dijangka, seperti wabak coronavirus ini yang menyebabkan kerugian besar, kami di amalan boleh tolong anda meringankan beban hutang. Kami boleh menyokong anda untuk terus meningkatkan pendapatan dan seterusnya berunding dengan pihak pemiutang untuk mendapatkan penyelesaian hutang mengikut kemampuan anda. Perundingan percuma bersama amalan menanti anda.

 

Yang terkini