COVID-19: Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Kami telahpun berada dalam minggu kedua PKP ini. Apakah perkembangan terkini mengenai PKP atau Movement Control Order?

18 Mac

Rakyat Malaysia disarankan mengikuti PKP untuk mengawal penularan virus corona. Terdapat 6 arahan utama yang perlu dipatuhi semua:

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara

iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

  1. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti
  2. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; danvi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

Mereka yang tidak mengikuti perintah ini akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

20 Mac

Rakyat juga tidak dibenarkan keluar berekreasi di tempat awam termasuk aktiviti jogging, berbasikal, trekking dan hiking sehingga berakhirnya PKP. Arahan ini muncul apabila polis melaksanakan rondaan di kawasan perumahan dan didapati ada yang tidak mematuhi PKP. Kerajaan amat serius tentang pelaksaan perintah ini supaya virus corona ini tidak terus menular.

Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan rakyat supaya mengikuti arahan PKP, mengekalkan kebersihan diri dan batalkan rancangan untuk balik kampung.

young woman jogging in city park at early morning

22 Mac

Kerajaan telah mendedahkan kira-kira 10% daripada 32 juta rakyat Malaysia yang gagal mematuhi PKP. Ini bermaksud lebih kurang 3 juta penduduk tidak mengikuti PKP dan ingkar duduk rumah. Oleh sebab demikian, Angkatan Tentera Malaysia telah diarah untuk membantu pihak polis untuk mengetatkan perintah ini.

23 Mac

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan pelanjutan PKP selepas tarikh 31 Mac

25 Mac

Kerajaan telah mengumumkan pelanjutan PKP sehingga 14 April 2020. Dengan kenyataan baru ini, kita semua perlulah terus tenang dan jangan terjebak dengan panic-buying. Teruskan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri.

Kitchen porter washing his hands in professional kitchen

 

Secara ringkasnya

❌ JANGAN:

  • keluar rumah kecuali bila perlu
  • balik kampung atau bercuti di tempat lain
  • terjebak dengan pembelian panik (panic-buy)

✅ TERUSKAN:

  • penjagaan kebersihan diri dan sekitar
  • makan makanan berkhasiat
  • beriadah di rumah
  • berkomunikasi dengan keluarga dan rakan secara online

Yang terkini