Kad Kredit Disekat Tak Perlu Bayar. Bolehkah Begitu?

Posted on Mei 20, 2019

Pernah dengar orang-orang yang mengambil mudah bil kad kredit?

"Ah, kad kredit disekat tak perlu bayar! Lebih baik biarkan saja kerana tak ada gunanya, nama kita sudah buruk di dalam CCRIS."

Sudah tentu anggapan ini benar-benar salah. Anda harus membayar kad kredit yang disekat. Mengapa begitu? Sebab ada beberapa kesan negatif yang perlahan-lahan mula muncul jika bil kad kredit tersekat tidak segera dilunaskan. Untuk lebih lengkap lagi, mari kita lihat kesan negatif apa yang akan muncul.

Berpengaruh terhadap CCRIS Pelanggan

Central Credit Reference Information System (CCRIS) merupakan salah satu sumber maklumat yang disediakan oleh Biro Kredit dari Bank Negara Malaysia yang memberikan maklumat mengenai kegiatan kredit dari seorang peminjam. Laporan kredit ini dapat diperolehi oleh individu mahupun syarikat. Bank/institusi kewangan memiliki hak untuk melihat laporan kredit pelanggan sebagai salah satu pertimbangan ketika pelanggan ingin mengajukan pinjaman kepada bank tersebut. Walaupun CCRIS tidak dapat menyenarai hitamkan anda berdasarkan laporan kredit yang anda miliki, laporan kredit yang buruk akan menyebabkan permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank atau institusi kewangan. Nah, bukan hanya bank atau institusi kewangan, anda sebagai pelanggan juga memiliki akses terhadap laporan kredit anda. Laporan kredit tersebut dapat anda diakses secara dalam talian melalui platform eCCRIS, atau pada kios-kios CCRIS di beberapa cawangan Bank Negara Malaysia.

Dikejar oleh Pemungut hutang

Knock

Jika anda tetap tidak mahu membayar bil kad kredit yang disekat, ada kesan lain yang akan anda rasakan nanti, iaitu dikejar oleh pemungut hutang. Biasanya pemungut hutang akan berulang kali menelefon anda untuk bertanya tentang pembayaran seluruh tunggakan. Perkara ini sudah tentu akan membuat anda menjadi risau. Biasanya, selain melalui telefon, pemungut hutang juga akan mengunjungi alamat yang tertera dalam data peribadi anda. Jadi, pemungut hutang boleh datang ke alamat rumah atau alamat pejabat, mengikut alamat yang anda daftarkan.

Walaupun pemungut hutang boleh mengganggu anda, sebenarnya ada beberapa garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai tatacara penagihan hutang. Antaranya adalah:

  • mengamalkan standard profesionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.

  • mengamalkan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.

  • tidak menggunakan kekerasan.

  • memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada peminjam.

  • menunjukkan kad kuasa.

  • memastikan maklumat peminjam adalah tepat dan jelas.

  • mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan data peribadi.

Walaupun begitu, ini bukan bermaksud anda dapat terus bertahan untuk tidak membayar bil kad kredit. Anda harus melunaskan bil kad kredit disekat yang masih berjalan. Setidak-tidaknya, lakukanlah hal ini agar keberadaan pemungut hutang tidak mengganggu ketenteraman anda dan keluarga di rumah. Ia rasanya akan sangat mengganggu jika pemungut hutang terus mendatangi rumah dan menelefon anda. Bayangkan jika anda mendaftarkan alamat pejabat sebagai alamat tuntutan, tentu saja hal ini dapat memberikan masalah bagi pekerjaan anda.

Hutang yang Semakin Menggunung

Biasanya jika anda tetap percaya dengan ucapan "kad kredit disekat tak perlu bayar", orang-orang begini akan memperolehi hutang-hutang yang baru. Berbagai cara akan dilakukan, misalnya dengan meminjam wang ke institusi kewangan bukan bank, permohonan pinjaman online, atau yang paling buruk memohon pinjaman perorangan ke jerung pinjaman yang tidak bertanggungjawab. Hal ini tentunya hanya semakin menambah masalah saja. Hutang kad kredit yang seharusnya dilunaskan terlebih dahulu menjadi semakin berlanjutan ditambah dengan bunga bulanan dan denda lewat. Tidak ketinggalan, hutang baharu yang diperolehi dari penghutang lain biasanya juga mengenakan beban bunga yang besar, bahkan jika dengan jerung pinjaman yang bunganya jauh lebih besar, dan tentunya wajib dilunaskan.

Satu hal lagi yang perlu diperhatikan dari menggunungnya hutang adalah cara melunaskannya. Jika satu jenis hutang saja tidak mampu dilunaskan, bayangkan jika ada hutang-hutang lain yang muncul. Sudah tentu anda akan semakin merasa sukar melunaskan, dan bukan tidak mungkin habis bila munculnya tunggakan-tunggakan baharu. Kesannya? Sudah tentu ada proses pemungutan hutang. Oleh itu, anda juga harus ingat bahawa berbeza dengan pihak bank yang peraturan berkait dengan proses penagihannya sudah lebih jelas, kadangkala pinjaman yang diajukan kepada pihak perseorangan memiliki proses penagihan yang jauh lebih berisiko. Cara tuntutan yang dilakukan belum tentu dengan cara yang sopan santun, dan tentunya tidak mengikut peraturan. Lebih berbahaya, bukan?

Jadi sekarang sudah tahu, kad kredit disekat tidak boleh dibiarkan begitu saja. Anda harus mencari langkah menyelesaikan kad kredit disekat, supaya nama boleh kembali bersih dan hidup lebih tenteram!

Yang terkini