RM30 eTunai Rakyat: Malaysia Menggalakkan e-Wallet dan Kemajuan FinTech

Pada 15 Januari 2020, kerajaan Malaysia telah melancarkan program eTunai Rakyat yang membolehkan pengguna e-Wallet untuk menerima RM30 untuk transaksi tanpa tunai.

Inisiatif eTunai Rakyat

Kami di amalan sangat gembira dengan program ini sebab ia menggalakkan lebih ramai orang untuk guna e-Wallet seperti GrabPay, TNG Wallet dan Boost app. Inisiatif ini secara langsung memajukan perkembangan FinTech di Malaysia.

Penggunaan e-Wallet atau transaksi tanpa tunai mempermudahkan dan mempercepatkan transaksi kewangan. Kalau anda pernah ke negara China, kebanyakan transaksi kewangan dilakukan menggunakan e-Wallet apps dalam smartphone.

FINTECH: Teknologi Kewangan

Menuju ke arah kemajuan teknologi, e-Wallet adalah salah satu aspek penting dalam inisiatif ini. e-Wallet termasuk dalam industri FinTech atau teknologi kewangan. FinTech menambah baik dan mengautomasi penggunaan servis kewangan.

Seperti e-Wallet, servis amalan juga menggunakan teknologi yang memudahkan sebarang transaksi atau komunikasi. amalan menggunakan data proprietari dan teknologi untuk menolong pihak peminjam untuk menyelesaikan hutang dengan lebih cepat dengan kadar rendah.

Bagaimana amalan fintech membantu rakyat Malaysia?

Setelah lebih kurang 5 tahun membantu rakyat Indonesia menyelesaikan hutang lebih cepat dengan kadar rendah, amalan sebagai social enterprise dan syarikat pengurusan hutang terkemuka di Asia Tenggara kini bertapak di Malaysia supaya rakyatnya boleh merasai permulaan baru bebas hutang.

amalan...

  • bekerja dengan pihak peminjam untuk mencari solusi terbaik sambil bekerjasama dengan pihak pemberi pinjaman.
  • mementingkan keperluan dan situasi hidup pihak peminjam.
  • boleh mengurangkan bayaran ansuran bulanan dengan mengurangkan kadar faedah dan penalti.
  • boleh mengurangkan baki hutang tertunggak.
  • menggunakan model 'Success Fee' atau yuran kejayaan iaitu anda hanya bayar yuran bila setelah bersetuju dengan pelan penstrukturan semula.
  • memberi sokongan penuh melalui khidmat perunding yang cekap.

Di mana eTunai Rakyat memberi wang percuma, amalan memberi perundingan percuma.

Lebih-lebih lagi, anda tak perlu bayar yuran pendahuluan dan hanya bayar yuran kejayaan bila perjanjian telah dibuat.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau berminat dengan servis amalan, sila ke https://www.amalan.com/my/amalia untuk berhubung dengan Amalia iaitu perkhidmatan chatbot pintar kami. Amalia akan memproses data anda dengan lebih cepat dan cekap supaya pihak perunding kami boleh menilai kelayakan anda dan berhubung dengan anda secepat mungkin.

Jadi, tunggu apa lagi?

  • Download e-Wallet app (GrabPay, TNG Wallet atau Boost app).
  • Dapatkan eTunai Rakyat RM30 percuma dan laksanakan transaksi tanpa tunai.
  • Dapatkan konsultasi percuma!

Yang terkini