Mengenal Nama Penyakit dan Virus Corona yang Sebenarnya (COVID-19)
Diyana Rahim
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah memberi nama penyakit virus corona (coronavirus) dan virus yang menyebabkannya. Nama rasmi telah diumumkan untuk virus yang bertanggungjawab untuk COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai virus corona 2019).
Nama rasmi untuk penyakitnya adalah penyakit coronavirus (COVID-19) manakala nama virusnya adalah sindrom pernafasan akut yang parah 2 (SARS-CoV-2). Pertanyaan seterusnya adalah "kenapa penyakit dan virus memiliki nama yang berbeza?"
WHO menjelaskan bahawa virus dan penyakit yang disebabkannya sering memiliki nama yang berbeza. Contohnya, HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. Ramai yang tahu nama sesuatu penyakit seperti campak, tetapi bukan nama virus yang menyebabkannya (rubeola).
Ada pelbagai proses dan tujuan untuk penamaan virus dan penyakit. Virus diber nama berdasarkan struktur genetik untuk memudahkan perkembangan ujian diagnostik, vaksin dan ubat-ubatan. Ahli virologi dan komuniti saintifik yang lebih luas melaksanakan kajian ini sehingga virus dinamai oleh Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV).
Selain itu, penyakit diberi nama untuk memudahkan perbincangan tentang pencegahan, penyebaran, penularan penyakit, keparahan dan pengubatan penyakit. Kesediaan dan tindak balas penyakit manusia adalah peranan WHO, jadi penyakit ini secara rasmi disebut oleh WHO dalam Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD).
ICTV mengumumkan "sindrom pernafasan akut parah coronavirus 2 (SARS-CoV-2)" sebagai nama virus baru pada 11 Februari 2020. Nama ini dipilih sebab virus secara genetik terkait dengan coronavirus yang bertanggungjawab atas wabak SARS pada tahun 2003. Walaupun berkaitan, kedua-dua virus tersebut adalah berbeza.
WHO juga mengumumkan "COVID-19" sebagai nama penyakit baru pada 11 Februari 2020 mengikut garis panduan yang dikembangkan sebelum ini dengan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO). WHO dan ICTV telah berkomunikasi tentang penamaan virus dan penyakit itu.
Apa nama yang digunakan WHO untuk virus ini?
Dari perspektif komunikasi risiko, penggunaan nama SARS boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini dari segi menimbulkan rasa takut yang tidak perlu, terutamanya di Asia yang paling parah terkena wabak SARS pada tahun 2003.
Oleh sebab itu, WHO telah menyebut virus tersebut sebagai "virus yang bertanggungjawab untuk penyakit COVID-19" atau "virus COVID-19" apabila berkomunikasi dengan pihak awam. Tetapi tidak ada penamaan yang boleh mengganti nama rasmi virus sepertimana yang dipersetujui oleh ICTV.