Panduan Ringkas Cara Isi e-Filing LHDN dan Bayar Cukai Pendapatan

Diyana Rahim

Kini tiba masanya untuk anda mengisytiharkan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui e-Filing dan kemudian bayar cukai yang dikenakan.

Bagi anda yang dah bekerja, tak kiralah baru satu tahun mahupun 20 tahun, anda perlu baca informasi ringkas di bawah. Kemudian, pastikan anda isytiharkan cukai pendapatan sama ada di pejabat LHDN terdekat (sebelum 30 April) ataupun melalui sistem e-Filing (sebelum 15 Mei). Dari situ, anda boleh tahu berapa cukai pendapatan yang anda perlu bayar.

Cara Isi Borang Melalui e-Filing

  1. Anda perlu daftar di laman web http://edaftar.hasil.gov.my/indexBI.php
  2. Dapatkan nombor PIN di pejabat LHDN berdekatan
  3. Log masuk di laman web https://ez.hasil.gov.my/CI/
  4. Klik "e-Filing" dan pastikan anda pilih borang yang betul
    • e-BE: pekerja yang bermajikan
    • e-B/e-BT: pekerja bersendirian atau mempunyai bisnes
    • e-M/e-MT: pekerja bukan bermastautin
  5. Di bawah pendapatan statutori, isi jumlah pendapatan dari pekerjaan, sewa, elaun, dll.
  6. Kenal pasti potongan cukai yang boleh diminta seperti hadiah atau derma kepada organisasi amal kerajaan atau diluluskan kerajaan
  7. Kenal pasti pelepasan cukai (lihat senarai di bawah atau laman web LHDN)
  8. Semak dan hantar.

Cara Bayar Cukai Selepas Isi Borang e-Filing

Nak bayar jumlah cukai yang tertera dalam borang e-Filing mudah sahaja. Anda boleh bayar sepertimana anda beli barang online iaitu melalui online banking atau kad kredit.

Jika anda di pejabat LHDN, anda boleh bayar terus di situ menggunakan wang tunai ataupun kad kredit. Anda boleh juga bayar secara ansuran tetapi perlu kemukakan surat rayuan kepada LHDN menyatakan situasi anda.

Tarikh tamat untuk bayar cukai ialah 30 April.

Kalau anda bayar lambat, akan kena penalti 10% terhadap jumlah yang tak dibayar dan 5% daripada itu selepas 60 hari.

Senarai Pelepasan Cukai

Anda boleh layak untuk dapatkan pelepasan cukai jika capai kriteria berikut:

  1. Percutian yang dibayar majikan yang tak melebihi 3 kali setahun dalam Malaysia dan satu percutian luar Malaysia tak melebihi RM3,000
  2. Manfaat perubatan dan pergigian daripada majikan.
  3. Ganjaran persaraan jika disebabkan penyakit dan bersara pada atau selepas 55 tahun dan telah bekerja selama 10 tahun dengan majikan.
  4. Ganjaran yang dibayar daripada dana awam bila bersara.
  5. Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak semasa penamatan kontrak.
  6. Pampasan untuk kehilangan pekerjaan disebabkan sakit.
  7. Pencen apabila bersara pada umur 55 tahun.
  8. Ganjaran apabila kematian.
  9. Biasiswa.
  10. Persembahan kebudayaan yang diluluskan oleh kerajaan.
  11. Yuran untuk perkhidmatan pakar.
  12. Wanita yang kembali bekerja setelah 2 tahun tanpa kerja tetap.

Lihat senarai pelepasan cukai selanjutnya di laman web LHDN.

Tanggungjawab Anda

12 May 2020 - Pointing Finger

Selain memastikan yang anda fail dan bayar cukai pendapatan anda, pastikan anda simpan dokumen berikut selama 7 tahun sebagai bukti:

  • Borang EA
  • Baucar dividen original
  • Resit premium insuran
  • Resit perubatan
  • Resit derma
  • Resit zakat
  • Sijil kelahiran anak
  • Sijil kahwin
  • Dokumen sokongan lain

Dokumen-dokumen ini penting untuk memastikan sama ada anda layak dapat pelepasan atau pengecualian cukai. Jika anda layak, cukai anda sebenarnya boleh jadi lebih rendah daripada jumlah asal.

Mari kita sama-sama lebih bertanggungjawab dan fasih dalam hal kewangan!

amalan international merupakan perusahaan manajemen utang berbasis teknologi pertama di Indonesia yang tercatat di OJK. amalan bekerja untuk peminjam dan bekerja sama mencari solusi terbaik dan terjangkau dengan pemberi pinjaman. Program manajemen utang amalan memanfaatkan teknologi dan data yang sah agar klien amalan bisa keluar dari jerat utang dengan lebih cepat, membayar bunga dan penalti yang lebih rendah. Selain program manajemen utang, amalan juga memiliki solusi refinancing yang mengganti utang lama yang memberatkan menjadi utang baru yang lebih ringan. Kantor amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 dan telah berhasil membangun tim yang terdiri dari ahli restrukturisasi dan ahli IT dengan pengalaman puluhan tahun. Sejak Juli 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Daftar Sekarang