Semak Cara Memohon Keringanan Pembayaran Kad Kredit Di Sini!

Posted on Juni 29, 2019

Saat sedang mengalami banyak hutang tertunggak, seorang penghutang sebenarnya dapat mencari cara memohon keringanan pembayaran kad kredit. Hal ini berguna agar hutang dapat cepat dilunaskan, meringankan beban dalam melunaskan tunggakan, dan tentunya dapat memperbaiki skor kredit anda dalam CCRIS dan CTOS.

Berikut adalah cara memohon keringanan pembayaran kad kredit:

Kira Semula Berapa Nominal Hutang yang Masih Tertunggak

Sebelum mula mencari cara memohon keringanan pembayaran kad kredit, ada baiknya jika anda ketahui dulu berapa sebenarnya jumlah hutang yang masih harus diselesaikan. Saat proses penghitungan berlangsung tidak jarang akan membuat anda sakit kepala dan memberi kesan pada mental yang semakin tertekan, kerana anda akan mengetahui langsung berapa baki kewajipan yang harus dibayar. Namun, proses ini memang wajib diketahui, sebab semakin lama anda cuba menghindari dari jumlah hutang yang sebenar, maka akan semakin lama anda mencari penyelesaian untuk melunaskan hutang-hutang tersebut.

Catat satu per satu tunggakan yang masih anda miliki, kumpulkan tagihan-tagihan yang memang sudah dikirimkan ke alamat anda. Selain itu, catat juga jumlah suku bunga yang harus dibayar. Suku bunga penting diketahui agar anda tahu seberapa besar jenis hutang tertentu jika terus-menerus tertunggak dan tidak dibayarkan secara teratur. Hal ini juga berguna untuk membuat anda mengutamakan jenis-jenis hutang tertentu, agar lebih cepat diselesaikan.

Menggunakan Khidmat Konsultan Hutang yang Profesional

Cara memohon keringanan pembayaran kad kredit yang paling berkesan adalah dengan menggunakan khidmat konsultan yang berpengalaman. Mengapa menggunakan khidmat konsultan? Pertama, anda dapat mendapatkan saranan yang lebih baik dari pihak yang berpengalaman. Biasanya pihak konsultan benar-benar tahu apa langkah-langkah yang harus diambil agar penyelesaian hutang lebih cepat dilakukan. Maklumkan jumlah nominal hutang yang telah anda kira sebelumnya, berserta dengan suku bunga yang harus dibayar. Dengan adanya maklumat tersebut, konsultan hutang yang profesional dapat terus mengira berapa jumlah dana yang anda harus mula anda tabungkan sebulan agar dapat bebas dari masalah hutang.

Kedua, konsultan hutang yang profesional biasanya sudah memiliki hubungan baik dengan pihak bank. Hal ini boleh dijadikan jalan pintas dalam memohon keringanan pembayaran kad kredit kepada pihak bank. Biasanya dengan hubungan baik ini, konsultan dapat membantu berperanan sebagai pihak ketiga dan melakukan rundingan dengan bank. Sudah tentu untuk mendapatkan keringanan terbaik, anda juga harus jujur dengan pihak konsultan. Ceritakan latar belakang kewangan anda, serta sebutkan juga berbagai bil yang masih wajib dibayar secara teratur, yang membebankan anda dalam melunaskan hutang. Misalnya, jika saat ini anda masih harus membiayai orang tua yang dirawat di hospital, bercakaplah secara terbuka kepada konsultan anda. Perkara ini dapat dijadikan sebagai alat tempur yang cukup kuat, apatah lagi jika disertai dengan lampiran pembayaran.

Ketiga, konsultan hutang yang profesional dapat mewakili anda ke pihak bank agar anda dapat lebih fokus dalam mengumpulkan dana dalam melunaskan baki hutang. Hal ini tentunya akan semakin bermanfaat bagi anda yang memiliki beberapa hutang sekali gus yang harus diselesaikan. Pihak konsultan dapat mewakili anda dan menjadi jambatan masalah anda dengan pihak bank, pertemuan seperti ini biasanya berlangsung pada hari dan waktu pejabat (jika diperlukan). Maksudnya, anda dapat menggunakan waktu-waktu ini untuk lebih fokus dalam mencari dana dan melunaskan hutang yang masih belum diselesaikan. Tambahan lagi, baki waktu yang lebih di malam hari juga boleh anda manfaatkan untuk bekerja sampingan dari rumah mahupun di tempat lain. Jadi, anda boleh lebih cepat mengumpulkan dana dan melunaskan hutang.

3 Jenis Program Keringanan yang Boleh anda Dapatkan

Setelah mengetahui bahawa salah satu cara memohon keringanan pembayaran kad kredit adalah melalui khidmat konsultan, selanjutnya anda juga perlu mengetahui beberapa jenis program keringanan yang boleh anda manfaatkan:

Potongan / Diskaun dalam Sekali Bayaran

Jenis program keringanan ini baik bagi pelanggan supaya jumlah hutang berkurang pelanggan berkurang menjadi lebih kecil. Sesuai dengan namanya, walaupun pelanggan mendapatkan diskaun dalam hutangnya (biasanya 20-50%), mereka harus terus membayar dalam sekali bayaran. Dalam beberapa kes, program keringanan ini dapat memberikan pemilik kad potongan diskaun sampai 70%.

Ansuran yang Dipanjangkan dengan Bunga Rendah

Berbeza dengan program diskaun dalam satu sekali bayaran, program ini sesuai bagi anda yang secara kewangan lebih minimum. Ringkasnya, pelanggan yang memiliki tunggakan kad kredit atau tunggakan pinjaman peribadi dapat memanjangkan tempoh ansurannya agar menjadi lebih ringan, bunga yang didapati pun lebih rendah daripada bunga yang berlaku pada umumnya. Jika bunga normal pada ketika ini berada di 2.25%, maka ada kemungkinan untuk mendapatkan bunga 0-2% saja.

Diskaun Ansuran

Lain pula dengan program yang ini, jenis program ini merupakan gabungan dari dua jenis program di atas, yakni pelanggan mendapatkan potongan kemudian baki pembayarannya dapat dilakukan secara ansuran. Bank juga akan melihat keadaan yang dialami pelanggan terlebih dahulu. Jika pelanggan memiliki seorang tuan rumah yang membuat beliau semakin sukar untuk melunaskan hutang, maka kemungkinan besar mereka boleh mendapatkan program ini (dengan catatan bank yang berkaitan memiliki program tersebut).

Ketiga-tiga program di atas tentunya dapat membantu anda agar lebih cepat bebas dari hutang. Untuk mendapatkan program-program tersebut, anda boleh terus menghubungi pihak yang lebih berpengalaman seperti konsultan. Salah satu khidmat konsultan hutang yang profesional yang boleh anda manfaatkan adalah amalan.

amalan international merupakan syarikat perkhidmatan profesional berasaskan teknologi pertama di Indonesia, yang menyediakan program pengurusan hutang. Program ini dirancang agar pelanggan yang terbelenggu hutang memiliki kemampuan untuk mengendalikan kewangan mereka semula. amalan indonesia membantu klien melalui program pengurusan hutang, yang dirancang khusus sesuai dengan keperluan yang berbeza bagi setiap klien. Program ini merupakan kombinasi dari didikan mengenai berbagai peluang untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan pengeluaran, serta melakukan proses rundingan terhadap syarat-syarat hutang bank yang ada hingga mencapai jumlah pembayaran yang sesuai dengan kemampuan. Pejabat pusat amalan indonesia didirikan di Jakarta pada tahun 2015 oleh tim pendiri yang memiliki pengalaman kolektif di bidang kewangan termasuk penyelesaian hutang selama lebih dari dua dekad. amalan menjadikan Indonesia sebagai pusat operasi sekali gus merupakan cetak biru bagi rencana pengembangan perusahaan ke negara ASEAN lainnya. Sejak Julai 2016, amalan indonesia menjadi perusahaan pertama di Asia yang mendapatkan akreditasi dari International Association of Professional Debt Arbitrators (IAPDA).

Yang terkini