Frequently asked questions

No Match Found

About Us

Apa itu amalan?

amalan merupakan syarikat yang membantu para peminjam dana yang tidak lagi boleh melakukan pembayaran kepada pihak bank yang memberikan pinjaman. Kami menyediakan program pengelola pinjaman yang bersesuaian dengan keadaan pelanggan sehingga boleh bebas dari tunggakan atau jika berminat, kami juga boleh membantu mengurangi bayaran ansuran bulanan anda supaya lebih terjangkau.

amalan fintech Sdn.Bhd adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Sijil Pelantikan Wakil Korporat Mengikut Seksyen 333 (5) Akta Syarikat 2016 (Certificate of Appointment of Corporate Representative Pursuant To Section 333(5) of The Companies Act 2016)

Amalan adalah syarikat asia pertama yang mendapat akreditasi dari Pusat Perkhidmatan Akreditasi IAPDA

Apa itu IAPDA?

IAPDA merupakan persatuan syarikat perkhidmatan penyelesaian hutang peringkat antarabangsa, setiap ahli yang diiktiraf oleh IAPDA adalah syarikat diiktiraf dan berpengalaman dalam memberikan komitmen dalam setiap perkhidmatan rundingan bagi pelanggan yang memerlukan bantuan dalam bentuk rundingan hutang.

Kenapa saya tidak boleh terus berunding dengan pihak bank?

Untuk baki pinjaman dengan nilai nominal yang tidak terlalu besar (di bawah RM 3000), tidak ada masalah untuk melakukan rundingan terus dengan pihak bank.

Walau bagaimanapun, untuk jumlah nominal minimal RM 3000, terutamanya dengan lebih daripada satu jumlah pinjaman, anda akan menyadari bahwa bekerjasama dengan amalan adalah cara yang paling sesuai dan cepat dalam mengendalikan kerumitan proses rundingan dan mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangkan beban pinjaman anda.

Selain mendapatkan tawaran terbaik, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk melakukan aktiviti seharian anda Walaupun rundingan pinjaman dapat dilakukan secara peribadi, proses yang perlu dilalui tidaklah mudah. Penyediaan dokumen dan pertemuan dengan pihak bank boleh menjadi sukar terutama apabila anda tidak terbiasa dengan proses tersebut.

Bagaimana saya menghantar aduan saya?

Hantar e-mel kepada pengaduan@amalan.com.

amalan's process

Bagaimana Cara Mengubungi amalan?

Sila menghubungi kami di email contact@amalan.my, untuk informasi lanjut mengenai perkhidmatan kami. Namun setelah anda mengikuti rundingan percuma dengan konsultan amalan, anda juga dapat bertanyakan dengan lebih lanjut dengan konsultan kami yang boleh membantu anda berkaitan dengan pertanyaan program penyelesaian pinjaman anda

Catatan: rundingan secara percuma dari kami hanya dapat dilakukan jika anda sudah mengisi data peribadi anda pada laman sesawang kami,

Sila klik [Di sini] untuk mengisi data peribadi anda dan dapatkan layanan rundingan percuma dengan salah seorang konsultan kami,

Saya mahu dibantu, bagaimana caranya?

Jika anda berminat untuk menggunakan layanan perkhidmatan kami, silahkan isi maklumat peribadi anda melalui link berikut dan konsultan kami akan segera menghubungi anda untuk memberikan rundingan percuma berkaitan pinjaman kad kredit dan pinjaman tanpa cagaran anda

Apa yang dimaksudkan dengan “Yuran Perkhidmatan” (success fee)?

Yuran perkhidmatan (success fee) hanya akan dibayar SETELAH anda setuju dengan hasil yang sudah amalan usahakan. Pengirtaan yang tepat akan sedikit berbeza untuk penyelesaian program diskaun dan program angsuran tetap. Namun secara umum, kami hanya akan mengenakan yuran perkhidmatan sekiranya kami berjaya mengurangkan jumlah pinjaman yang akan dibayar kepada bank.

Apa yang dimaksudkan dengan deposit?

Deposit merupakan bayaran sebanyak RM 75,- .Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana deposit ini juga akan digunakan sebagai potongan untuk yuran perkhidmatan (Success fee) jika proses rundingan berjaya (dalam tempoh waktu tertentu).

Bila proses rundingan saya akan dilakukan?

Setelah anda secara rasmi mendaftar dengan program amalan, kami akan memberikan anda anggaran jumlah dana yang diperlukan untuk penyelesaian pertama pinjaman anda. Apabila anda telah menyediakan dana, kami akan segera menjalankan proses perundingan dengan bank.

Bagaimana saya menghantar aduan saya?

Hantar e-mel kepada pengaduan@amalan.com.

Terms & Conditions

Apakah kriteria atau syarat agar amalan boleh membantu anda?

Pelanggan yang boleh dibantu oleh amalan adalah pelanggan yang:

  1. Memiliki pinjaman kad kredit dan pinjaman tanpa cagaran  dengan tunggakan minimum RM 3000 di bank-bank konvensional.
  2. Pinjaman sudah berjalan selama minimum 12 bulan. Kerana secara umum, bank hanya membolehkan untuk menstruktur semula pinjaman dengan minimum waktu tersebut.
Berapa banyak yang harus saya sediakan?

Untuk pembiayaan, anda harus menyediakan perkara seperti berikut:

  1. Deposit sejumlah RM75 dan deposit ini termasuk dalam yuran perkhidmatan (success fee) akan datang.
  2. Yuran perkhidmatan (success fee) amalan adalah dalam lingkungan sekitar 25% sehingga 30% dari jumlah pengurangan yang berjaya kami perolehi dari bank untuk anda bergantung dari jenis program dan jumlah potongan atau pengurangan pinjaman yang anda dapat (dikurangakan dengan deposit yang telah dibayar). Jika pihak kami gagal dalam proses rundingan keringanan, kami tidak akan mengambil yuran perkhidmatan (success fee) tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan menyelamatkan wang saya/apa yang anda maksudkan dengan simpanan?

Jika anda memilih penyelesaian dengan program diskaun, simpanan yang anda buat akan diperolehi dari jumlah potongan yang ditawarkan oleh bank. Itulah perbezaan jumlah yang pada asalnya dibilkan setelah menyertai program diskaun.

Jika anda memilih program ansuran tetap, simpanan akan datang dari perbezaan ansuran bulanan anda sebelum dan selepas menyertai program ansuran tetap.

Mengapa jumlah pinjamannya sekurang - kurangnya RM3000?

amalan sentiasa mencari tawaran terbaik untuk para pelanggannya. Pengalaman kami mengatakan bahwa untuk pinjaman yang di bawah RM 3000, akan lebih menguntungkan Anda jika menghubungi pemberi pinjaman secara langsung. Oleh kerana di bawah RM 3000, kes itu tidak terlalu rumit sehingga anda boleh berunding secara persendirian dengan bank.